Mi world! Hi, keep follow me if you like! Thank you
Beautiful Flowers
Alamak, hidung berdarah!
25 Januari 2012 | Rabu, Januari 25, 2012 | 2 Rain[s]
Assalamualaikum reader.... Apa khabar? Hari ni Hidayu mahu cerita pasal entry di atas. Jadi, teruskan membaca.

-Ada beberapa sebab kenapa hidung kanak-kanak mudah berdarah. Antaranya termasuk :
1. Suka mencungkil hidung dengan alat-alat tajam atau kuku.
2. Menghembus hidung dengan kuat.
3. Hidung ditumbuk atau terhantuk pada objek keras.
4. Memasukkan sesuatu objek ke dalam hidung.
5. Mendapat jangkitan virus yang menyebabkan selesema.
6. Menghidap alahan yang membawa kepada selesema.

Selain perkara-perkara di atas, adakalanya hidung berdarah disebabkan terdapat banyak saluran darah di dalam hidung. Dalam hal ini, rawatan khas perlu diberi kepada kanak-kanak terbabit. Misalnya, kawasan pendarahan dibakar[jangan buat kalau anda tidak yakin] untuk menutup saluran darah tersebut. Kanak-kanak yang menghidap penyakit hemofilia juga didapati kerap mengalami pendarahan hidung. Pendarahan hidung berlaku disebabkan oleh kekurangan bahan pembeku darah di dalam darah penghidapnya.

Ketumbuhan atau tumor yang terjadi di dalam hidung juga boleh menyebabkan hidung berdarah dengan kerap. Btw, ketumbuhan seperti ini amat jarang berlaku kepada kana-kanak dan orang dewasa. Sekiranya hidung anda berdarah, janganlah lekas panik, sebaliknya beritahu ibu bapa agar ibu bapa anda membawa anda berjumpa dengan doktor.

! Hidayu salin fakta ni dari buku, jadi kalau ragu-ragu, lebih baik berjumpa dengan doktor ya, kawan-kawan.

Terima kasih sudi baca entry saya.

Say hye!
You're my reader


Hi, hanya +Follow jika tertarik. Cick here Home. Terima kasih kerana sudi follow saya..
Link

Old Post | New Post