Mi world! Hi, keep follow me if you like! Thank you
Beautiful Flowers
Gurindam Pelajar Bermasalah
27 September 2011 | Selasa, September 27, 2011 | 0 Rain[s]
Apabila lambat ke surau besar, katanya tandas penuh nak cepat pun sukar..
Apabila cikgu mengajar dia mengantuk, katanya tidur lambat siapkan "HOMEWORK"
Apabila disuruh salin nota, katanya tak payah... buku rujukan ada..
Apabila guru ada hal tidak masuk kelas, saat keemasan buat aktiviti bebas..

Apabila dileter dan ditegur kesilapan berulang kali, katanya cikgu suka membebel atau nak mengajar kami??
Apabila Zohor dipanggil solat berjemaah, Katanya "alah, nak tunggu semua orang lambatlah".
Apabila disuruh baca buku kerana ujian, katanya tak payah.. hanya ujian bulanan..
Apabila ujian bulanan tak lulus pula, katanya "cikgu buat soalan susah gila!!!"

Apabila dimarah kerja sedikitpun tidak siap juga.., katanya kerja lain pun ada.. banyaklah jadinya..
Apabila markah Exam sedikit sahaja, katanya sibuk nak ulang kaji tak cukup masa..
Apabila gagal Exam, katanya gagal sekali bukan gagal selamanya..
Apabila Exam lulus berjaya,  katanya "aku pandai.. biasalah!!"

Apabila guru diingkari, pasti tidak berkat pelajaran mu...

Apabila kelak tiada berilmu, saat itu kekesalan menyerbu..

Apabila guru menegur dan menasihati selalu, itulah tanda guru sayangkan kita..

Apabila seseorang memberi ingatan, Jadikan teladan dan ikutan berzaman..

Ada faham?

Jadi moral value nya di sini kita tidak boleh lawan cakap orang yang lebih tua dari kita dan  kita mestilah dengar nasihat orang yang lebih tua dari kita.


Say hye!
You're my reader


Hi, hanya +Follow jika tertarik. Cick here Home. Terima kasih kerana sudi follow saya..
Link

| New Post